Marie Tharp
Marie Tharp

Marie Tharp

Marie Tharp (30 Julai 1920 - 23 Ogos 2006) ialah seorang ahli geologi yang terlibat dengan pemetaan dasar lautan (kartografi lautan) Amerika. Sekitar tahun 1950-an, beliau bekerjasama dengan ahli geologi Bruce Heezen untuk menghasilkan peta saintifik lantai Lautan Atlantik yang pertama. [1] Hasil pemetaan kartografi beliau mendedahkan topografi yang lebih terperinci dan menonjolkan geografi dasar lautan dalam pelbagai dimensi. [2]Penemuan Tharp tentang Permatang Atlantik Tengah menyebabkan anjakan paradigma dalam kajian sains bumi yang membawa kepada penerimaan teori tektonik plat dan hanyutan benua . [3] [4] [5]